Tiada perancangan untuk diri sendiri hari ini, sekadar keluar bandar KL untuk membeli 'charger' telefonku yang berkurun tak hidup..hari ini, aku kena hidupkan dia.maaf ya wahai 'handphone'..
dari stesen masjid jamek aku ke stesen bandaraya untuk ke pertama kompleks..itu antara dunia 'handphone' yang orang kota KL tahu.
Terserempak pula dengan seorang hamba mendeklamasikan puisi jalanannya..waras atau tidak, itu aku tak pasti..dia tak kacau orang, dia cuma melepaskan dirinya dengan berpuisi..itu apa yang aku rasa..dia dengan hidup dia, aku dengan perjalanan mencari 'charger'.
Sedikit perkhabaran semasa aku menyesakkan diri dengan ribuan manusia di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 semalam..Dewan Bahasa & Pustaka akan menganjurkan Festival Drama 10 minit..ini pementasan teater drama. Sesiapa yang berminat, silalah hadirkan diri.
Peristiwa: Festival Drama 10 minit
Tarikh: 21-25 April 2009
Masa: 8.30 malam
Tempat: Stor Teater DBP, Kuala Lumpur
Berikut antara drama yang akan dipertontonkan:
~Kotak Hari Jadi**Hasnah Adam/Wan Haddad
~Amir Amar**Amar Asyraf Zailuddin/Marlia Musa
~Engkau Perempuan Itu**Wan Ahmad Ismail
~Hello! Nama Saya**Norzizi Zulkifli
~Kutipan**U-Wei Haji Saari
~S.A.M.P.A.H**Noor Hasnah Adam
~Kencing Peluh**Nuex
~Satu Pintu**Ismail Kassan
No comments:
Post a Comment