senang hati hari ni hari jumaat..sebab esok aku kan ketemu sabtu & ahad..2 hari tu aku dah plan sesuatu..apa dia? shhhh..
petang tadi scan thumb keluar ofis agak awal...dlm jam 7mlm..
15 minit sebelumnya..
meja kerja aku bersebelahan dengan exec.graphic designer..(bawah marketing dept)..aku lak kat finance..
finance~graphic..meja sebelah2...cam kelakar kan? anyway, untuk keluar ke pintu depan, aku akan lalu meja graphic designer tu (dia dah pulang masa tu)..dan rasa pelik, kenapa majalah BusinessToday ada di atas meja dia..boleh diterima kalau di atas mejanya tu adalah magazine macam KLUE, Symphony dan seangkatan dengannya..
dek kerana aku suka intipati BusinessToday (aku budak ekonomi), dengan selambernye aku pegang dan selak helaian majalah tu..aku terpandang satu artikel & terus buat satu 'copy'..aku bukan nak bercerita tentang artikel tu (lain kali mungkin), tapi nak menjawab soalan dalam kepala aku, 'Kenapa BusinessToday ada atas meja seorang graphic designer?' (aku bercakap dalam konteks KERJA)..BusinessToday tu patut berada di meja seorang usahawan, pegawai bank atau 'researcher'. Atas meja seorang artis, kurang seswai rasanya..
tapi sebab rasa tak puas hati, aku selak satu-satu muka surat dalam majalah tu, sampailah aku terpandang satu 'flyer'. Google AdWords. Adwords adalah satu bentuk promosi & pengiklanan perniagaan seseorang di alam maya..di mana kita hanya perlu membayar apabila manusia2 di luar sana 'klik' pada iklan kita..
akhirnya 'flyer' tu dah menjawab soalan aku..graphic design di bawah marketing dept..dan semua ni ada kaitannya..CASE CLOSED
moral of the story : jangan memandang dari sudut luar, fahami dalamannya..kita mungkin ketemu sesuatu yang berguna kelak
No comments:
Post a Comment