Monday, July 19, 2010

Review ~ A Sense Of Urgency

This is one of my work assignment..




BOOK REVIEW

A Sense of Urgency is a very practical guide for any employee, at any level, who feels the need to effect positive change in her or his organization. John P. Kotter, the author of this book is well known on his writing on leadership and change. This is one of his book which is highlighted about the importance of having sense of urgency at first place considering the unexpected atmosphere or situation that happen nowadays, be it in organization or society at large. Complacency or a feeling of calm satisfaction is the cause that prevents someone from trying harder and being stagnant in fast moving world will lead to great harm.

According to Kotter at earlier part of the book, the biggest mistake is the failure to create a high enough sense of urgency among enough people to create sufficient momentum to bring the change. The biggest enemies to create a sense of urgency are complacency and false urgency, which happens when people act fast without being productive.

True urgency can be increase by creating action that is exceptionally alert, externally oriented, and making some progress each and every day. It is necessary to win the heart of the people apart from their mind and this can be done by sending people outside such as sending them to join conferences or seminars, gathering data about the external world, behaving with urgency by way of example, finding opportunities in crisis, and removing or neutralizing opponents of change.

Align with that, in chapter 4, the author share with readers about the story of Sam Walton, who is the owner of Wal-Mart. He is a successful entrepreneur by using an approach of visiting a frontline employee or to the lower level personnel who interface with customers and he asks questions about customer and their reaction or feedback to their products or services.
 
Based on John Kotter's extensive experience with companies and their leaders, the book provides the reasons why very smart people can become complacent, slow down change or sabotage efforts to bring about necessary changes. The book also provides a list of actions one can take to counter these negative forces, while also providing guidance on being alert of "false urgency" where people undertake non-productive activities in the hope that their actions will be seen by others as productive.

In page 58 & 59 of this book, Kotter provides four core tactics for driving urgency into an organization.
  • Bring the outside in
  • Behave with urgency every day
  • Find opportunity in crisis
  • Deal with NoNo's
Based on his writing, his ideas apply more to governments, but his examples are all from the commercial world. He spends some time pitching his other books like ‘Leading Change’ and ‘Our Iceberg is Melting’.

The author suggests that we should take a more aggressive approach with our thought processes, instead of worrying about crisis, we should embrace it. Urgency is the highly positive and focused forces that give people the determination to move and win now.

People on the board or senior leadership of a company or organization are highly recommended to read this book.

Friday, July 16, 2010

Minyak oh Minyak

Pasti ramai yang tidak menyangka yang harga minyak telah naik sejak lewat malam semalam. Bagi sesiapa yang mengikuti pembentangan RMKe-10 pada 10 Jun yang lepas, YB PM dalam ucapannya telah memberi gambaran ini. subsidy will gradually be removed bagi mengurangkan beban negara dan megukuhkan kedudukan kewangan yang mana defisit negara makin melebar. Secara personal, ini adalah perlu bagi meningkatkan taraf negara kita agar setanding negara maju. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan langkah Kerajaan sekarang, tapi dalam jangka masa panjang..i think its necessary

Kalau hendak dibandingkan Malaysia dan Korea Selatan, pada tahun 1970, pendapatan per kapita Korea Selatan cuma US260 jika hendak dibandingkan dengan Malaysia sebanyak US380. Tetapi, data 2009 menunjukkan Korea S. mempunyai pendapatan per kapita hampir 4 kali ganda dari kita. kenapa ek?..urmm, pikir2 la ye.

sakit2 dahulu, senang2 kemudian.....




Saturday, July 10, 2010

Info Rejab


Aku petik artikel ini dari beberapa sumber, so, ini adalah kopi dan pasta ya! sekadar ingin berkongsi dengan orang luar sana..

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. 

Dan kini, Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya diri ini untuk bertemu dengan bulan mulia lagi penuh rahmat iaitu Ramadhan al-Mubarak. Namun seringkali dilupai bahawa di penghujung bulan Rejab ini berlaku suatu peristiwa yang besar dan penuh bermakna bagi seluruh umat Islam khususnya. Peristiwa yang dimaksudkan ini ialah peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W menurut jumhur ulama.

Peristiwa-peristiwa penting bulan Rejab

1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

2. Isra' dan Mi'raj
Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.
Sementara itu Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran. 
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa peristiwa Israk Mikraj adalah sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad S.A.W. pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah Taala dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidrat al-Muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran 

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel. 

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm. 




Friday, July 9, 2010

Malaikat Kecil Menyampai Risalah Jalan-jalan Ke Syurga

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50 tahun.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" Dengan nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak bertanyakan sesuatu?"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini." Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
"Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir "ALLAHUAKBAR!"

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang




Credit to iLuvislam.com

Thursday, July 8, 2010

Separuh Masa Ke-2, 2010

Sudah masuk separuh masa kedua 2010..separuh masa pertama, banyak benda berlaku dalam hidup ni, dah penat ketawa & menangis..harap2, separuh masa kedua, datang benda2 yang menyenangkan aje..

separuh masa pertama 2010
- masuk persekitaran kerja yang baru
- sesi suai kenal dengan orang
- sesi putus kenal orang
- sesi berkawan dan tidak akan sambung semula
- sesi mendengar luahan hati orang ( yang ini paling banyak sesi)
- sesi mendengar perkhabaran berita baik dr kawan2 ( ada yang dah jumpa soulmate, ada yang nak bertunang n etc)

separuh masa kedua 2010
- new mean of transportation ke tempat kerja
- new staying
- need longgg rest..mahu bercuti (jom Sara)

Saturday, July 3, 2010

No Title

Sabtu, 3 Julai 2010..hari ni, berjaya untuk tidak keluar rumah sehari suntuk..ngadap netbuk acer ni dari jam 11 pagi smpai la sekarang..dan menggodek beberapa website, blog orang, baca online newspaper..urmmm..interesting..
Tapi ada sebab kenapa tak keluar..hari ni, cuba untuk rehatkan mata aku setelah lense aku buat hal semalam...
Mendung kat Melati - bagus untuk tido...ZzZzZz

Ni namanya ...ntah, dah lupa...kucing along kat kebun die..dia ni jd peneman along, tp sekarang tak tau gi mana...lost in translation..:))..tapi takpe, along dah ada banyak kucing, termasuk satu kucing itam, bulu lebat dan berkaki pendek...aha, cute sangat..

Thursday, July 1, 2010

duit poket

Secara purata, seramai 150,000 graduan tempatan menamatkan pengajian setiap tahun. Ini tidak termasuk graduan luar negara ye. Persaingan untuk memasuki pasaran pekerjaan bukanlah perkara yang mudah. Sebagai contoh la kan, aku sendiri pernah menganggur dalam 2bulan lebih sebab keadaan ekonomi yang agak teruk masa tu (akhir 2008). Insititusi kewangan terpaksa beku pengambilan pekerja, & aku sendiri memang mangsa keadaan masa tu. urmm...anyway, bagi sesiapa yang sedang mencari pekerjaan pertama @ nak mencuba benda baru, aku ada beberapa senarai tempat yang anda semua boleh cari dan 
mohon ye!


>>>http://www.jawatan-kerja.blogspot.com

>>>http://findkerja.blogspot.com


>>>http://jobless.my

>>>http://www.jawatankosong.com.my

>>>http://cari-pekerjaan.com

>>>http://malaysiajobs.biz

>>>http://www.jobcity.com.my