Sunday, May 24, 2009

Cerita Lama..

Ini cerita malam semalam,tapi ditulis hari ini..
Majlis resepsi kawan aku dibuat malam hari..majlis yang simple, ala night garden..cantik.
hmm...sedang berborak dengan pengantin, yakni kawanku sendiri..dia terlepas cakap sesuatu yang mengingatkan aku pada seseorang...kawan yg datang bersama aku malam tu,agak terkejut sebab dia tak tahu cerita tu..
aku pun tak tahu samaada nak mengiyakan 'statement' yang baru dibuat pengantin tu..
perjalanan balik, aku teringat cerita dulu..

Monday, May 11, 2009

Emak

Aku mungkin terlewat, tapi tak kisah la kan..aku anak mak aku, nak ucap Selamat Hari Mak kepada mak aku dan seluruh mak-mak dan bakal mak di luar sana..

Ayat ni aku pinjam dari seorang blogger yang turut dipinjam dari bekas gurunya masa sekolah dulu..

"Whatever you give to woman, she will make it greater. If you give her sperm, she'll give you a baby. If you give her a house, she'll give you a home. If you give her groceries, she'll give you a meal. If you give her a smile, she'll give you her heart. She multiplies and enlarges what is given to her. So, if you give her any crap, be ready to receive a ton of shit."

Bila dibaca, aku akan tergelak sendiri..tapi memang benar kenyataan di atas.

Dan aku nak sedekahkan fatihah pada arwah makcik aku..dia yang bela aku masa mak aku dalam pantang lagi..rindu sangat kat Che Su..

______________________________
p/s: sedang menjenguk kesihatan kewangan syarikat luar..(kerja yang dibawa ke rumah)

Tuesday, May 5, 2009

Malam 5 Mei 09

Payah betul nak cari ayat nak mulakan entri ni..lama tak mencoret.
ok..
Aku saksi jazz konsert malam ni, buat pertama kalinya...keberatan, tapi kenapa tidak kan?
pemuzik malam ni ialah pemain saxophone..nama dia Joshua Redman..berganding sama dua lagi teman..lagu2 terakhir persembahan buat aku layan je..cool
Tahu aku ternampak siapa? Dato'Ahmad Nawab..dia pun saxophonist gak..betul ke perkataan yg aku guna tu..saxophonist..
Rata2 yang hadir dalam persembahan macam ni, bukan orang kita..aku maksud, orang malaysia..kebanyakkannya dari golongan expatriat yang bekerja di sini..ataupun, dari ambassi2 yg ada di malaysia ni..memang makanan mereka, sebab tu leh hadam..
Aku tak dapat lampir dengan gambar sebab sebarang bahan rakaman mahupun penggunaan telefon tidak di benarkan sepanjang persembahan..sudah termaktub pantang larangnya dari dulu lagi.

Catch upcoming events/concerts at Dewan Filharmonik Petronas by surfing at www.malaysianphilharmonic.com